Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

1 jenazah mangsa pesawat terhempas diserah pada waris esok

today18 August 2023

Background


Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata proses mengenal pasti baki sembilan lagi mangsa yang maut sedang giat dilakukan.

PETALING JAYA: Satu jenazah mangsa yang maut dalam tragedi pesawat persendirian terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam akan diserahkan kepada waris esok untuk urusan pengebumian, kata Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan.

Katanya, identiti jenazah itu akan didedahkan kepada media esok selepas polis memaklumkan perkara itu kepada waris mangsa, lapor Harian Metro.

“Esok pagi ada satu jenazah akan diserah kepada waris. Maklumat lanjut kita akan maklumkan esok kerana kita perlu hubungi keluarga dulu sebelum kita dedahkan kepada umum,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas hadir ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Hussein memberitahu wartawan, beliau hadir ke HTAR untuk bermesyuarat dan membincangkan perkara berkaitan mengenal pasti identiti mangsa.

“Saya datang tadi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Dua gol Tierney pastikan kemenangan kita

Kuala Lumpur: Kemasukan penyerang gantian, Fergus Tierney di babak kedua membawa impak besar buat skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara apabila dua jaringannya memastikan kemenangan 2-1 ke atas Indonesia dalam aksi pertama Kumpulan B Kejuaraan AFF B-23 di Stadium Rayong di Thailand, malam ini.

today18 August 2023