
KUCHING: Satu kes kematian baharu akibat wabak rabies dilaporkan di Hospital Umum Sarawak pada 5 Jun lepas.
Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Veronica Lugah berkata, ini menjadikan kumulatif 79 kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak, dengan 72 kematian sejak wabak itu diisytiharkan pada Julai 2017.
“Daripada 79 kes ini, empat kes dikesan tahun ini dan semua mangsa meninggal dunia akibat komplikasi daripada jangkitan rabies,” katanya dalam kenyataan.
Daripada empat kes itu, beliau berkata, satu kes mendapat jangkitan melalui gigitan anjing liar, manakala tiga lagi kes mendapat jangkitan melalui haiwan peliharaan sendiri.
Menurutnya, semua haiwan peliharaan itu tidak menerima vaksinasi anti-rabies serta bebas bercampur haiwan liar.
“Antara tiga kes yang terdedah kepada haiwan…