Polis berkata, dua rakan mangsa cedera ringan terkena tempias panahan petir.

PETALING JAYA: Seorang maut, manakala dua lagi cedera ringan akibat dipanah petir ketika memikat burung di Bukit Payong, Marang semalam.
Mangsa maut ialah Mohd Hasan Mohd Rani, 38, dari Kampung Surau Haji Mat Zin, manakala Mohamad Fadilah Jusoh, 37, dari Kampung Gemuroh dan Abdul Hisyam Muhamad dari Kampung Paya Resak cedera.
Ketua Polis Marang, Mohd Zain Mat Dris, berkata tiga sahabat itu dikatakan sedang memikat burung di tanah lapang pada 6 petang Khamis.
Katanya, semua mangsa mencari tempat berlindung akibat hujan lebat berserta ribut petir.
“Hasan dikatakan berlindung di bawah pokok berhampiran tempat mereka memikat burung sebelum disambar petir.
“Tempias panahan petir itu turut terkena dua rakannya yang berada di bawah pokok sama,” katanya menurut Berita Harian.
Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal…