Hot FM

1 maut, 4 cedera ringan ceroboh landasan KTMB


ktm komuter
Individu yang menceroboh landasan kereta api, yang merupakan kawasan larangan, boleh dikenakan denda RM500.

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut manakala empat lagi cedera ringan selepas menceroboh landasan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di laluan antara Teluk Pulai dan Klang hari ini.

KTMB memaklumkan, operasi KTM Komuter mengalami kelewatan lebih sejam pagi tadi selepas tren terlanggar lima penceroboh itu di KM34.734 antara Teluk Pulai dan Klang.

Menurut KTMB, kejadian pada 6.39 pagi itu melibatkan tren KTM Komuter dari Stesen Jalan Kastam yang membawa 200 penumpang, mengakibatkan seorang penceroboh meninggal dunia di tempat kejadian.

Empat lagi mangsa yang cedera ringan dibawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

“Berikutan kejadian itu, tren mengalami kerosakan dan menyebabkan kelewatan lebih 60 minit,” menurut kenyataan KTMB, lapor Bernama.

“Lokomotif bantuan telah dihantar untuk membawa tren komuter yang terjejas bagi membolehkan kerja-kerja pengalihan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version