Kejadian berlaku di kilometer 259.9 Lebuhraya Utara- Selatan arah utara di sini pada 2.40 pagi tadi.

SEREMBAN: Seorang remaja lelaki maut, manakala enam lagi cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di kilometer 259.9 Lebuhraya Utara- Selatan arah utara di sini pada 2.40 pagi tadi.
Ketua Polis Seremban, Nanda Maarof, berkata berkata kemalangan berlaku apabila motosikal jenis Yamaha 135 LC milik remaja berusia 19 tahun tersebut hilang kawalan lalu terbabas di lorong tengah lebuh raya itu.
Katanya, ia menyebabkan enam penunggang motosikal lain berusia antara 17 hingga 21 tahun termasuk seorang wanita berusia 21 tahun, yang cuba mengelak berlanggar sesama sendiri.
“Akibat pelanggaran, remaja itu yang dalam perjalanan dari Senawang ke Ampang, Selangor cedera parah di hampir keseluruhan bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi…