Site icon Hot FM

1 maut, 9 cedera, 10 motosikal berlanggar di LEKAS


Kejadian 11.30 malam itu berlaku selepas salah sebuah motosikal gagal dikawal sebelum terbabas.

Video kemalangan membabitkan 10 motosikal itu tular di laman sosial menunjukkan beberapa mangsa cedera terbaring di jalan raya. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang maut manakala sembilan lagi cedera selepas 10 motosikal berlanggar sesama sendiri di KM26.9 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) arah Seremban di Nilai malam tadi.

Seorang penunggang motosikal berusia 19 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Ketua Polis Nilai Abdul Malek Hasim berkata dalam kejadian 11.30 malam itu semua penunggang terbabit bergerak dari Nilai ke Seremban.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, salah sebuah motosikal dipercayai gagal dikawal sebelum terbabas dan berlanggar sesama sendiri.

“Seorang penunggang berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala lima penunggang parah dan empat penunggang lain cedera ringan,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version