Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

1 maut, van bawa pelancong Singapura masuk cerun

today24 September 2023

Background


Beberapa anggota bomba mengeluarkan salah seorang mangsa dari dalam van yang terjunam ke dalam cerun di Jalan Teluk Kumbar. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sebuah van yang membawa 11 orang termasuk pelancong Singapura dilaporkan terjunam ke dalam cerun, di Jalan Teluk Kumbar, Balik Pulau, hari ini.

Difahamkan, setakat ini, seorang wanita meninggal dunia manakala seorang lagi sedang diselamatkan pasukan bomba, manakala lima mangsa cedera dan empat lagi parah, sudah dihantar ke hospital, lapor Harian Metro.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan pada 8.14 malam.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau ke lokasi sejurus menerima panggilan.

“Sebaik tiba di lokasi didapati sebuah van dengan muatan 11 penumpang termasuk pemandu terjunam ke dalam cerun kira-kira enam meter (20 kaki).

“Semua penumpang berkenaan terdiri daripada pelancong warga Singapura,”…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post