Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

1 September Bermula Penguatkuasaan Kerja 45 Jam Seminggu

today11 August 2022

Background

Pindaan kepada Akta Kerja 1995 berhubung pengurangan waktu kerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu akan berkuat kuasa pada 1 September ini.

Menerusi laporan Bernama, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim memberitahu Dewan Negara bahawa pindaan dibuat bertujuan menjaga kebajikan pekerja serta kelonggaran waktu kerja, selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Dibawah pindaan baharu itu, pekerja dibenarkan bekerja mengikut kesesuaian tempat, waktu dan hari bekerja termasuklah bekerja dari rumah ketika situasi kecemasan seperti pandemik COVID-19.

Memetik laporan BH pada Jun lalu, Awang berkata pekerja di negara ini dibenarkan memohon aturan kerja fleksibel (AKF) kepada majikan masing-masing mengikut pindaan Akta Kerja 1955 berkuat kuasa 1 September ini.

Pekerja hanya perlu membuat surat permohonan kepada majikan untuk perubahan waktu bekerja, hari bekerja dan perubahan tempat kerja.

β€œMajikan pula perlu memberi jawapan dalam tempoh 60 hari.

β€œDalam surat jawapan bertulis majikan kepada pekerja, mereka perlu nyatakan sama ada menerima permohonan atau menolak permohonan dengan alasan yang perlu dinyatakan,” katanya.

Namun, keputusan kerajaan dalam AKF tidak β€˜mengikat’ majikan dan ianya bergantung kepada kesesuaian agensi dan syarikat masing-masing.

Berhubung dasar kerajaan bekerja empat hari seminggu terutama dalam sektor swasta, Awang menjawab soalan Senator Nasir Hashim.

β€œSetakat hari ini, tiada cadangan atau libat urus untuk pihak kementerian laksanakan berhubung kerja empat hari seminggu,” katanya.

Menurutnya, pihaknya bersedia membuat kajian tentang dasar tempoh bekerja empat hari seminggu seperti yang mula dilaksanakan di beberapa negara maju.

Kajian tersebut juga perlu dibuat secara menyeluruh berikutan terdapat majikan yang terkesan dengan faktor produktiviti rendah.

β€œJadi majikan pun perlu ada kajian tersendiri mengenai perkara ini dan kemudian boleh dibawa dalam perbincangan bersama Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan JPPM,” katanya.

Sumber: Bernama & BH Online

Written by: Aqilah


Previous post