Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

10 ditahan susulan penemuan mayat terikat dalam rumah

today24 August 2026

Background


Ketua Polis Sandakan George Abd Rakman berkata, tangkapan suspek dibuat dalam tempoh kurang 24 jam mayat warga emas ditemukan di dalam sebuah rumah.
PETALING JAYA:

Polis menahan 10 individu untuk membantu siasatan susulan penemuan mayat seorang warga emas dalam keadaan tangan terikat dan kepala ditutup di sebuah rumah di Sandakan, Sabah.

Ketua Polis Sandakan George Abd Rakman berkata, tangkapan dibuat dalam tempoh kurang 24 jam, dan polis telah mengenal pasti dua individu sebagai suspek utama, hasil soal siasat lanjut.

“Motif kejadian dipercayai adalah disebabkan perselisihan faham mengenai upah ubah suai rumah dan kerana suspek tidak berpuas hati terhadap mangsa yang menaikkan kadar sewa bulanan rumah yang didiami semua suspek,” katanya, lapor Berita Harian.

Menurut polis, mayat mangsa berusia 62 tahun itu ditemukan oleh anggota polis yang memeriksa sebuah rumah pada Rabu, selepas menerima maklumat daripada orang awam mengenai bau busuk.

Mangsa dipercayai sudah meninggal dunia…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post