Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

10 guru, 21 pelajar cedera disengat tebuan tanah

today9 September 2023

Background


Seramai 31 individu termasuk 10 guru cedera disengat tebuan tanah di Sungai Lepoh, Hulu Langat. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Seramai 21 pelajar sebuah sekolah menengah dan 10 guru pengiring cedera akibat disengat tebuan tanah ketika melakukan aktiviti mendaki di sebuah pusat peranginan di Sungai Lepoh, Hulu Langat.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) berkata, dalam kejadian 1.50 tengah hari itu, enam pelajar dikejarkan ke Hospital Ampang sementara 25 lagi termasuk 10 guru pengiring dihantar ke Klinik Kesihatan Batu 14 Hulu Langat bagi mendapat rawatan susulan.

“Enam pelajar dikejarkan ke Hospital Ampang ditempatkan di zon merah dan zon kuning. Keadaan mereka dilaporkan stabil, semua yang terlibat terlebih dahulu menerima rawatan awal di lokasi kejadian daripada anggota paramedik APM, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat,” katanya ketika dihubungi.

Menurut jurucakap itu, sebanyak 133 pelajar dan 10 guru pengiring daripada sebuah sekolah menengah di Shah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Malaysia B-23 belasah skuad muda Filipina

Kuala Lumpur: Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara mula mempamerkan taring mereka apabila membelasah Filipina 4-0 pada perlawanan kedua kumpulan H Kelayakan Piala Asia B-23 2024, di Stadium Chonburi, Thailand, sebentar tadi.

today9 September 2023