Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

10 kawasan Semenanjung catat cuaca panas tahap berjaga-jaga

today9 April 2026

Background


cuaca panas
Menurut MetMalaysia, status cuaca panas Tahap 1 dikeluarkan apabila suhu maksimum harian cecah 35 hingga 37 darjah Celsius selama sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut.
KUALA LUMPUR:

Sebanyak 10 kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan cuaca panas Tahap 1 atau kategori berjaga-jaga setakat 4 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, kawasan terlibat meliputi Tanah Merah, Pasir Mas dan Machang di Kelantan, selain Jerantut, Temerloh dan Maran di Pahang.

Turut terlibat, Kinta (Perak), Gombak (Selangor), Jempol (Negeri Sembilan) dan Segamat (Johor).

Menurut MetMalaysia, status suhu Tahap 1 dikeluarkan apabila suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post