Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

10 Mac lihat anak bulan Ramadan

today3 March 2024

Background


Sebanyak 29 lokasi di seluruh negara ditetapkan untuk melihat anak bulan Ramadan pada petang 10 Mac ini. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini ialah petang 10 Mac bersamaan 29 Syaaban 1445 Hijriah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Majlis Raja-raja mempersetujui cara menetapkan tarikh permulaan puasa berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Menurutnya, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa pada malam itu melalui radio dan televisyen.

Kenyataan itu menyebut jawatankuasa yang berkenaan diperkenankan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari terbabit di 29 lokasi di seluruh negara, iaitu Pontian Kecil, Johor dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka.

Selain itu, Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan serta Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post