Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

10 penuntut IPG cedera, 1 maut dalam kemalangan di Gua Musang

today18 December 2024

Background


Keadaan salah sebuah kenderaan dinaiki mangsa yang remuk selepas dilanggar sebuah treler di Jalan Gua Musang–Kuala Lipis hari ini. (Gambar IPD Gua Musang)

KOTA BHARU: Seorang penuntut wanita di sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) di Besut, Terengganu maut manakala 10 penuntut yang lain cedera dalam kemalangan melibatkan empat kereta yang dilanggar sebuah treler di Jalan Gua Musang–Kuala Lipis hari ini.

Kumpulan 11 penuntut IPG berkenaan yang menaiki empat kenderaan, iaitu dua Perodua Axia dan masing-masing sebuah Proton X50 dan Proton Saga dari arah Kuala Lumpur sedang dalam perjalanan pulang ke IPG di Besut.

Ketua Polis Gua Musang Sik Choon Foo berkata kejadian itu berlaku pada 6.45 pagi tadi apabila polis menerima pemakluman terdapat kemalangan maut di KM16 di jalan berkenaan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati sebuah treler dipandu seorang lelaki berumur 28 tahun dari Kuala Lipis, Pahang menghala ke Gua Musang, Kelantan hilang kawalan dan melanggar sisi kanan kedua-dua…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post