Menurut laporan Berita Harian, kumpulan terbabit yang terdiri daripada enam lelaki dan empat wanita berusia 21 hingga 37 tahun didakwa terlibat dalam aktiviti lumba haram di jalan berhampiran Bazaar Getaway.
Menurut Ketua Polis Kohong Hat Yai, Kol. Pol. Apichat Wannako, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi dan pihaknya telah menerima laporan daripada penduduk tempatan yang bimbang dengan keselamatan jalan raya di kawasan itu.
“Selepas menerima laporan, polis menjalankan siasatan dan mendapati enam kereta berdaftar di Malaysia yang telah diubah suai digunakan untuk memandu secara berbahaya.
“Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), polis berjaya mengesan dan menjejaki suspek,”katanya.
