
KUALA LUMPUR: Sepuluh syarikat produksi muzik terpilih menerima Dana Kandungan Digital (DKD) 2023 Irama Perpaduan berjumlah RM500,000 bagi penciptaan lagu patriotik pelbagai jenis muzik dan genre sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Dana bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) itu diserahkan melalui Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative) dengan setiap syarikat menerima sebanyak RM50,000.
“Bertepatan dengan tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”, pemberian dana ini diharap dapat menyuntik semangat perpaduan dan cinta akan negara terutama dalam kalangan belia, di samping merancakkan lagi industri muzik tanah air,” menurut kenyataan dikeluarkan MyCreative hari ini.
Kenyataan itu turut memaklumkan…