Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

10,000 mangsa banjir di 4 negeri

today30 December 2023

Background


Keadaan Kampung Bendang Pak Yong di Tumpat, Kelantan yang masih digenangi air ekoran limpahan Sungai Golok hari ini. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di empat negeri berkurangan kepada 10,000 orang di 37 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam tadi berbanding 10,895 orang di 41 PPS petang tadi.

Berdasarkan laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 9,667 orang di 27 PPS berbanding 10,354 orang di 29 PPS pada petang.

Menurut laporan itu, 27 PPS dibuka di empat daerah Kelantan merangkumi 12 di Pasir Mas yang menempatkan 6,347 orang daripada 1,894 keluarga, 10 di Tumpat (2,842 orang daripada 987 keluarga), dua di Jeli (411 orang daripada 103 keluarga) dan tiga di Kuala Krai (67 orang daripada 16 keluarga).

Di Terengganu, jumlah mangsa turut berkurangan kepada 148 orang daripada 44 keluarga di tiga PPS berbanding 354 orang daripada 97 keluarga di lima PPS di…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post