Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

108 sekolah di Serian ditutup esok akibat jerebu

today23 September 2026

Background


jerebu
Serian merekodkan bacaan indeks pencemaran udara 217 setakat 10 malam ini. (Gambar Bernama)
KUCHING:

Semua sekolah di daerah Serian ditutup esok susulan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) melepasi 201 malam ini.

Jabatan Pendidikan Sarawak memaklumkan ia membabitkan 108 sekolah di Serian.

“Sehubungan itu, sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah akan dilaksanakan sepanjang tempoh penutupan sementara sekolah,” katanya dalam kenyataan.

Menurut portal Sistem Pengurusan IPU Jabatan Alam Sekitar, kawasan Serian mencatat bacaan IPU 217 setakat 10 malam ini.

Bacaan IPU 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 dikategorikan bahaya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post