

Bazar Raya Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) 2026 diaktifkan secara serentak di 1,098 lokasi di seluruh negara hari ini dengan menyasarkan penyertaan sehingga 10,000 usahawan.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan, berkata sasaran penyertaan itu adalah dua kali ganda berbanding lebih 5,000 usahawan yang terlibat pada tahun lalu.
Menurutnya, inisiatif di bawah Perkhidmatan Pintar NADI itu bertujuan memperkasa usahawan tempatan dan meluaskan peluang pemasaran produk mereka pada musim perayaan.
“Bazar Raya NADI yang berlangsung serentak ini sekali gus memperkukuh peranan NADI sebagai platform ekonomi komuniti yang semakin berkembang.
“Ia adalah kesinambungan daripada edisi 2026, bukan sekadar platform jualan bermusim. Ia adalah sebahagian dariapda usaha berterusan SKMM…