Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

11 ditahan disyaki terbabit rusuhan ketika perlawanan tinju

today1 March 2025

Background


Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman
Polis akan merujuk kertas siasatan ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut, kata Ketua Polis Dang Wangi Sulizmie Affendy Sulaiman. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Polis menahan 11 lelaki disyaki terlibat dalam insiden rusuhan ketika satu perlawanan tinju melibatkan pempengaruh media sosial di Kuala Lumpur.

Kesemua yang ditahan, berusia antara 17 hingga 28 tahun, merupakan penyokong perlawanan tinju yang berlangsung di sebuah pusat beli-belah pada Selasa lepas, menurut Ketua Polis Dang Wangi Sulizmie Affendy Sulaiman.

Beliau berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian pada 12.45 tengah malam sebelum bertindak menahan individu terbabit.

“Kesemua mereka direman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada 27 Feb,” katanya, lapor Bernama.

Sulizmie Affendy berkata, polis akan merujuk kertas siasatan ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post