
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 11 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Daripada jumlah itu, lima korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 32,125.
Sabah mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu lima kes, diikuti Johor (empat), manakala Kelantan dan Pahang masing-masing mencatatkan satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 155,673 kes aktif dilaporkan, termasuk 187 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 109 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 5,724 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 3,040,235.