
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur menahan 11 individu warga Korea Selatan, termasuk lima wanita dalam serbuan Op Gegar di sebuah pusat hiburan tanpa lesen, di sini, awal pagi tadi.
Pengarah JIM Kuala Lumpur, Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff, berkata individu yang ditahan berusia antara 20 hingga 40 tahun, dengan seorang daripada wanita tersebut dipercayai bertindak sebagai pengurus premis berkenaan.
“Pusat hiburan ini dipercayai eksklusif untuk warga Korea dan berselindung di sebalik perniagaan restoran. Premis ini menawarkan perkhidmatan karaoke dalam bahasa Korea, dan pelanggan juga boleh membuat tempahan awal melalui telefon.
“Selain itu, premis ini turut dipercayai menawarkan perkhidmatan pelayan wanita dengan bayaran antara RM300 hingga RM500 untuk tempoh tiga jam,” katanya kepada…