Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

110 ditahan dalam operasi banteras persundalan di Bukit Bintang

today8 December 2024

Background


Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa berkata operasi bertujuan membanteras kegiatan persundalan di pusat hiburan. (Gambar PDRM)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 110 individu termasuk sebilangan besar warga asing ditahan dalam operasi bersepadu di sembilan premis hiburan dan tujuh hotel sekitar Jalan Changkat, Bukit Bintang, awal pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, berkata semua yang berusia lingkungan 23 hingga 57 tahun ditahan menerusi operasi selama empat jam bermula 2 pagi.

“Operasi berkenaan disertai 254 pegawai dan anggota polis, Jabatan Imigresen (JIM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang bertujuan membanteras kegiatan persundalan di pusat hiburan.

“Polis memandang serius kegiatan persundalan dan tidak akan berkompromi serta akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak atau premis yang melanggar peraturan atau syarat bagi membanteras aktiviti tidak bermoral ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post