Hot FM

116 calon SPM di Melaka dijangkiti Covid-19, duduki peperiksaan semula Apr



Kumpulan pelajar itu tidak dapat menduduki ujian lisan, mendengar dan bertutur Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris serta Amali Sains (Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan) bermula 8 hingga 24 Feb ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sejumlah 116 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 di Melaka tidak dapat menduduki peperiksaan itu bermula semalam selepas disahkan positif Covid-19 dan terpaksa menjalani kuarantin.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Rais Yasin bersimpati dengan nasib pelajar terbabit yang dijangka menduduki peperiksaan itu semula April nanti.

Beliau berkata, semua pelajar terbabit tidak dapat menduduki ujian lisan, mendengar dan bertutur Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris serta Amali Sains (Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan) bermula 8 hingga 24 Feb ini.

“Insya Allah jika tiada aral melintang, mereka akan ambil ujian lisan SPM pada April nanti,” katanya menurut laporan Berita Harian sambil…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version