Hot FM

12.5% mengundi di Kinabatangan, Lamag 10.5% setakat 9 pagi


PENGUNDI PRK PARLIMEN KINABATANGAN&DUN LAMAG
Lebih 40,000 pengundi layak memilih pada PRK Kinabatangan dan Lamag. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Sekitar 12.5% pengundi di Parlimen Kinabatangan dan 10.5% di DUN Lamag telah menunaikan tanggungjawab setakat 9 pagi tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sebanyak 36 pusat mengundi dibuka kepada pengundi bermula jam 7.30 pagi, dengan kebanyakan pusat dijadualkan ditutup pada jam 5.30 petang.

Seramai 48,282 pengundi untuk Parlimen Kinabatangan manakala 13,515 di DUN Lamag.

Lamag antara tiga tiga DUN di bawah Kinabatangan selain Kuamut da Sukau.

Bagi kerusi Parlimen Kinabatangan, pertandingan menyaksikan pertembungan tiga penjuru melibatkan calon Barisan Nasional (BN) Naim Kurniawan Moktar, Saddi Abdul Rahman (Warisan), serta Goldam Hamid (bebas).

Sementara itu, kerusi DUN Lamag menyaksikan saingan satu lawan satu antara calon BN Ismail Ayob dan calon Warisan Mazliwati Abdul Malek.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandang, Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis lalu.

Bekas…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version