
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 12 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Daripada jumlah itu, tiada kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 31,793.
Pahang mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu tiga kes, diikuti Kedah dan Melaka (masing-masing dua), manakala masing-masing satu kes di Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Selangor.
Tiada kes kematian dilaporkan di Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 41,199 kes aktif dilaporkan, termasuk 182 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 83 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 2,584 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah…