Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

12 kematian baharu Covid-19 | Free Malaysia Today (FMT)

today15 January 2022

Background



Selangor mencatatkan angka kematian Covid-19 tertinggi semalam iaitu sebanyak 4 kes.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 12 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

Daripada jumlah itu, dua korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 31,762.

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu empat kes, diikuti Pahang, Pulau Pinang dan Terengganu (masing-masing dua) serta Johor dan Kedah (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 40,558 kes aktif dilaporkan, termasuk 204 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 95 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 3,052 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2,802,263.

…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post