SEMPORNA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan akan menyelesaikan isu dokumen pengenalan diri membabitkan 12,000 pelajar dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan, kata menterinya Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata KDN yang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) telah membuat profil kira-kira 12,000 pelajar sekolah yang berada dalam sistem pendidikan arus perdana tetapi tidak memiliki dokumen pengenalan diri.
“Mereka ini ada di sekolah rendah dan sekolah menengah tapi tidak memiliki dokumen pengenalan diri, misalnya perkahwinan ibu bapa yang tidak teratur menyebabkan mereka tidak mendaftar perkahwinan. Ini rekod KPM yang dikongsi dengan KDN sekitar 12,000 pelajar.
“Jumlah ini dikenal pasti kerana mereka telah berdaftar dengan Pejabat Pendidikan Daerah, tetapi KDN serta KPM akan…