
Polis menahan 13 individu termasuk seorang remaja perempuan berumur 15 tahun bagi membantu siasatan kes kematian seorang remaja perempuan di Kulai, Selasa lalu yang kini diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh.
Ketua Polis Johor, Ab Rahaman Arsad, berkata Bilik Gerakan IPD Kulai menerima maklumat orang awam berhubung kemalangan jalan raya melibatkan kereta Perodua Myvi hitam di Lingkaran Bulatan Persiaran Indahpura 4 kira-kira 12.38 tengah malam.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kenderaan itu dipandu lelaki berumur 20 tahun bersama-sama empat penumpang, termasuk mangsa berusia 17 tahun.
“Semua mereka yang baru keluar makan malam dalam perjalanan dari Jalan Kenanga, Indahpura menuju ke rumah masing-masing sebelum kenderaan mangsa diekori beberapa kenderaan, termasuk sebuah Toyota Vellfire hitam.
“Apabila tiba di bulatan…