Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

13 Nasihat Dr Zulkifli Al-Bakri Buat Syamsul Yusof

today13 January 2023

Background

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan ke-7, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsi tiga belas nasihat utama ditujukan kepada pelakon Syamsul Yusof, keluarga dan masyarakat mengenai kemelut rumah tangganya.

Menerusi satu hantaran di FaceBook, Dr Zulkifli berharap isu tersebut dapat diselesaikan dengan baik oleh pasangan tersebut.

“Sedikit buah fikiran saya untuk Syamsul, keluarganya dan masyarakat.

“Saya catat beberapa noktah penting semasa dalam penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Jakarta semalam.

“Dengan harapan isu ini selesai dengan baik. Insya-Allah ada hikmah yang besar daripada-Nya,” tulis Dr Zulkifli di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian itu, Dr Zulkifli menulis nasihat kepada Syamsul Yusof, keluarga serta masyarakat berkaitan perhubungan dalam rumah tangga.

“Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

“Semasa saya di dalam penerbangan menuju ke Jakarta pada tengahari ini pada 9 Januari 2023, saya sempat meneliti isu-isu semasa di media sosial. Masih hangat dibincangkan tentang saudara Syamsul Yusof, keluarga dan juga bapanya, Datuk Yusof Haslam. Isu yang agak lama berlarutan, sehingga dinoktahkan dengan pengakuan Syamsul baru-baru ini.

“Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada semua yang terlibat dalam isu ini. Sejujurnya saya tergerak untuk mengemukakan sedikit nasihat. Bukanlah ingin membuktikan saya lebih mengetahui, tetapi sekadar ingatan bersama berdasarkan sedikit ilmu yang saya ada. Saya lafazkan β€˜Ψ£Ψ³Ψͺغفرُ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ΩŽ وأΨͺوبُ Ψ₯Ω„ΩŠΩ‡Ωβ€™. Mudah-mudahan kita beroleh sedikit panduan dan pedoman,” harapnya.

Dalam artikel yang ditulis Dr Zulkifli, terdapat 13 nasihat yang disertakannya untuk pedoman semua pihak mengenai kemelut yang melanda pasangan selebriti itu.

Pertama: Agama itu adalah Nasihat

Kedua: Syabas kepada Saudara Syamsul

Ketiga: Syabas kepada Datuk Yusof Haslam

Keempat: Kepada keluarga semua pihak yang terlibat, wajib untuk kita beriman dengan qadha’ dan qadar.

Kelima: Sikap kita semua

Keenam: Kehidupan yang baru hendaklah diteruskan. Inilah realiti, di mana semua pihak perlu akur. Nasihat saya, dalam kehidupan rumah tangga, tiga perkara utama perlu dititikberatkan.

Ketujuh: Jadilah suami dan bapa yang terbaik

Kelapan: Bahagia merupakan impian utama. Ingatlah, dalam kehidupan, semua dalam kalangan kita inginkan bahagia dalam hidup. Tetapi tidak semua dapat mencapainya.

Kesembilan: Mohonlah maaf kepada kedua ibu bapa. Taat dan patuhlah kepadanya serta berbaktilah kepada keduanya. Sesungguhnya, inilah perintah Allah SWT kepada kita semua.

Kesepuluh: Kepada rakan netizen, sebaik-baik dalam kalangan kita adalah yang mendoakan kebaikan kepada rakan kita, saudara Syamsul dan keluarganya. Bukan dengan tindakan seolah-olah ingin menjatuhkan dan menghancurkan rumah tangga yang telah dibina berdasarkan syarak. Antara doa yang terbaik adalah doa saudara kepada saudaranya tanpa diketahuinya seperti yang dinaskan di dalam hadith.

Kesebelas:Β Jangan marah kerana sifat marah boleh menghilangkan pertimbangan akal dan membawa kepada persengketaan. Tindakan pada ketika itu akan lebih kepada mengikut hawa nafsu dan melepaskan amarah.

Kedua belas: Kita tidak mahu menjadi golongan yang tergelincir lidah, bahkan rugi kepada diri kita sendiri. Ingatlah, kita semua banyak melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah yang sentiasa bertaubat.

Ketiga belas: Jagalah solat antara suami isteri, terutamanya solat Tahajjud di waktu malam bagi meraih rahmat daripada Allah SWT.

Berikut merupakan pautan artikel penuh yang ditulis Dr Zulkifli:

Kepada Syamsul Yusof, Keluarga & Masyarakat

Minggu lalu, Syamsul tampil mengejutkan ramai apabila mengumumkan dia sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dari semua pihak sehingga kini.

Written by: Aqilah


Previous post