
SEPANG: Kerajaan sedang berusaha membawa keluar 13 rakyat Malaysia yang masih terperangkap di beberapa wilayah yang terlibat dalam kejadian gempa bumi di selatan Turki, kata Timbalan Menteri Luar Mohamad Alamin.
Beliau berkata ketika ini, Wisma Putra mengadakan perbincangan dengan Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral di Istanbul mengenai kaedah bagi tujuan itu sebelum disusuli proses membawa mereka pulang ke tanah air.
Katanya rakyat Malaysia terbabit terdiri daripada 11 lelaki dan dua wanita yang bekerja dalam pelbagai bidang di Turki.
“Walaupun perhubungan agak sukar kerana perkhidmatan telekomunikasi terputus tetapi Alhamdulillah, mereka sihat dan selamat.
“Saya harap keluarga mereka di tanah air tidak bimbang. Kita (Wisma Putra) akan beri perkembangan…