Hot FM

13 warga asing ditahan, kegiatan seludup migran tumpas


handcuff
Ketua Polis Kota Tinggi Yusof Othman berkata seorang lelaki warga tempatan yang disyaki terlibat dengan kegiatan itu turut ditahan.
KOTA TINGGI:

Sebanyak 13 warga Indonesia dan seorang lelaki tempatan ditahan dalam operasi bersepadu membanteras penyeludupan migran di Pantai Sungai Rengit dan Felda Air Tawar, Ahad lepas.

Ketua Polis Kota Tinggi Yusof Othman berkata bertindak atas maklumat, polis dengan kerjasama tentera daripada Rejimen ke-10 Askar Melayu Diraja Kem Majidee menyerbu sebuah rumah di sekitar kawasan Sungai Rengit, antara 11.45 malam Ahad hingga 4 pagi semalam.

“Kita membuat pemerhatian selama beberapa minit dan berjaya menahan 10 lelaki dan seorang wanita warga Indonesia yang disyaki baru tiba dari negara mereka,” katanya dalam kenyataan.

Yusof berkata pihaknya menjalankan pemeriksaan lanjut dan mendapati semua suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan diri yang sah.

Beliau berkata susulan tangkapan terbabit, pihaknya berjaya menahan dua lagi lelaki…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version