Hot FM

1,300 dipindahkan akibat banjir di Sabah, Sarawak


Kota Marudu di Sabah menjadi kawasan paling teruk terjejas apabila seramai 851 penduduk daripada 456 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:

Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak mencatatkan peningkatan pagi ini dengan 1,361 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) susulan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Di Sabah, jumlah mangsa meningkat kepada 1,020 orang daripada 502 keluarga setakat pagi ini, berbanding 445 orang daripada 143 keluarga, malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 40 kampung di tiga daerah terjejas dan kesemua mangsa kini berlindung di lima PPS.

Kota Marudu merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 851 orang daripada 456 keluarga yang melibatkan lapan kampung terjejas, berbanding hanya 398 orang (132 keluarga) malam tadi.

Semua mangsa di daerah itu kini berlindung di PPS SMK Tandek 2 dan SMK Tandek.

Di Paitan, sebanyak 26 kampung…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version