
PETALING JAYA: Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 13,089 orang daripada 3,749 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 12,686 orang daripada 3,709 keluarga malam tadi.
Semua mangsa banjir itu ditempatkan di 95 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Azmi Rohani, berkata jumlah mangsa banjir di Johor Bahru terus meningkat kepada 5,402 orang (1,532 keluarga) dengan 27 PPS dibuka, diikuti Kluang 2,458 orang (708 keluarga) di 22 PPS dan Pontian 1,782 orang (488 keluarga) di 21 PPS.
“Kota Tinggi menunjukkan peningkatan kepada 1,690 orang (491 keluarga) berlindung di 15 PPS, manakala mangsa banjir di Kulai berjumlah 1,531 orang (460 keluarga) di lapan PPS.
“Batu Pahat turut dilanda banjir dengan 226 mangsa (70 keluarga) dan satu lagi PPS diaktifkan,” katanya menurut Berita…