Site icon Hot FM

1,315 cuba bunuh diri dalam 2 minggu, kata menteri


Dr Zaliha Mustafa dalam Program Minda Sihat Hidup Sejahtera dan MoU Kesihatan Mental di tempat kerja antara KKM dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH).

BANGI: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 1,315 cubaan bunuh diri dalam tempoh dua minggu selepas ciri baharu di aplikasi MySejahtera yang dinamakan MyMinda dilancarkan 22 Okt lalu.

Menteri Dr Zaliha Mustafa berkata, statistik tingkah laku atau cubaan membunuh diri itu adalah daripada keseluruhan 6,955 saringan bagi melihat status kesihatan mental yang diperoleh daripada aplikasi berkenaan.

“Dari tarikh kita lancarkan MyMinda ini jumlah saringan yang kita dapat dalam masa dua minggu adalah 6,955 bagi melihat status kesihatan mental masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Program Minda Sihat Hidup Sejahtera dan Perjanjian Persefahaman (MoU) Kesihatan Mental di tempat kerja antara KKM dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH).

Hadir sama Menteri Sumber Manusia V…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version