Site icon Hot FM

133 ditahan dalam Ops Tapis Khas di Negeri Sembilan


Menurut Dzaffir Mohd Yussof, semua yang ditahan dalam Ops Tapis Khas selama tiga hari itu berusia dalam lingkungan 19 hingga 70 tahun.

SEREMBAN: Seramai 133 individu ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah menerusi Op Tapis Khas yang dilaksanakan di seluruh Negeri Sembilan selama tiga hari, bermula 10 Okt lepas.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Dzaffir Mohd Yussof, berkata dalam operasi sama, pihaknya turut merampas pelbagai dadah termasuk heroin, syabu, ganja dan ketamin dengan nilai rampasan sebanyak RM11,863 dan nilai sitaan aset pengedar bernilai RM338,448.

“Semua ditahan yang berusia dalam lingkungan 19 hingga 70 tahun itu disiasat mengikut pelbagai seksyen di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.

“Polis amat serius dalam membanteras dadah habis-habisan dan memfokuskan tangkapan kepada pengedar dadah yang bergiat aktif di negeri ini selain melumpuhkan ekonomi mereka dengan menyita aset…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version