Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

1,390 mangsa banjir berlindung di PPS 3 negeri

today2 January 2026

Background


pusat pemindahan pps
Seramai 1,390 mangsa banjir masih berlindung di pusat pemindahan sementara di tiga negeri, setakat petang tadi. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:

Seramai 1,390 mangsa banjir masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri, dengan Sarawak merekodkan pertambahan jumlah mangsa setakat petang tadi.

Jumlah mangsa di Sarawak meningkat kepada 1,182 orang daripada 301 keluarga setakat 3 petang tadi, berbanding 1,136 orang daripada 286 keluarga yang direkodkan pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan mangsa dari Kampung Sinar Budi Baru, Kampung Sungai Batu, Stapok, Taman Malihah, Kampung Sungai Tengah, Batu Kawa, Kampung Sungai Maong di sekitar Kuching dan Kota Samarahan.

Turut terjejas banjir ialah Kampung Plaie dan Kampung Jegoi di Kota Samarahan serta Kampung Siang-Siang di Lawas.

Terdapat satu kejadian tanah runtuh dilaporkan di Kampung Lusut Jaya di Miri.

Di Johor, jumlah mangsa banjir di Segamat kekal 134 orang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post