
PETALING JAYA: Empat belas individu yang dipercayai ahli sindiket penipuan tawaran kerja dalam talian ditahan menerusi serbuan ke atas dua rumah teres di Taman Mount Austin, Johor Bahru Jumaat lalu.
Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat berkata, seorang lelaki warga asing bersama 10 lelaki tempatan dan tiga wanita tempatan yang berusia 17 hingga 31 tahun ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Johor antara 6 petang hingga 10.30 malam.
Katanya, sindiket itu yang dipercayai aktif sejak dua bulan lalu menyasarkan warga asing, terutamanya dari Singapura dengan tawaran di media sosial sebagai ejen pelancongan.
“Semua yang ditahan ini adalah ahli sindiket yang berperanan sebagai pegawai sumber manusia dengan tawaran gaji antara RM2,500 hingga…