Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

14 gerai makan di Taman Bukit Maluri musnah terbakar

today19 November 2022

Background



Gerai makanan di Jalan Burung Tiong, Taman Bukit Maluri musnah dalam kebakaran malam tadi. (Gambar JBPM)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 14 gerai menjual makanan musnah 100% dalam kebakaran di Jalan Burung Tiong, Taman Bukit Maluri, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.38 malam dan menggerakkan tiga jentera dengan kekuatan 32 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang, Taman Tun Dr Ismail dan Sentul ke lokasi kejadian.

Komander Operasi Kanan Md Fuad Selamat berkata setibanya di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan 14 gerai makanan yang berkedudukan dua baris bertentangan.

β€œTiada mangsa terlibat, manakala jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post