Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

14 kematian baharu Covid-19 | Free Malaysia Today (FMT)

today6 February 2022

Background



Jumlah kumulatif kematian Covid-19 kini mencecah angka 32,011.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 14 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

Daripada jumlah itu, sebanyak sembilan korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 32,025.

Selangor mencatatkan bilangan kematian tertinggi iaitu lima kes, diikuti Sabah (empat), Kuala Lumpur (dua) dan Johor, Negeri Sembilan serta Perak (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Kelantan, Melaka, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 65,952 kes aktif dilaporkan, termasuk 123 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 67 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 6,546 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2,904,131.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post