
KUALA LUMPUR: Sebanyak 14 kes baharu Covid-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dengan sembilan kes di Kelantan dan lima kes di Terengganu, kata Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad.
“Kes Covid-19 yang dilaporkan itu dikategorikan sebagai sporadik iaitu 12 daripadanya mempunyai gejala ringan dan dirawat di PPS atau di rumah, manakala dua kes memerlukan rawatan di hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata menerusi aktiviti kawalan dan pencegahan penyakit yang dijalankan setiap hari di PPS, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesan 183 kes jangkitan kulit, 125 kes jangkitan respiratori akut (ARI), tujuh kes konjunktivitis dan tiga kes gastroenteritis akut (AGE).
“Semua kes adalah stabil dan telah diberi rawatan pesakit luar di PPS…