Timbalan menteri kesihatan berkata KKM menjangkakan kes strok haba terus meningkat akibat cuaca panas.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 14 kes strok haba akibat cuaca panas setakat semalam.
Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Suani, berkata pihaknya menjangkakan kes strok haba terus meningkat akibat cuaca panas yang berlaku hingga Ogos ini.
“Sehingga semalam, 14 kes dilaporkan namun masih terkawal dan mampu ditampung di fasiliti kesihatan seluruh negara.
“Terdapat enam kes dilaporkan di Kelantan, Sarawak (5) dan Sabah (3) sehingga semalam dengan paling ramai membabitkan golongan dewasa iaitu tujuh kes,” katanya menurut Bernama.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan 4th Intermediate Electrocardiogram Conference 2023 anjuran Hospital Raja…
