Susulan itu, Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi mengarahkan jabatan dan agensi berkaitan segera menubuhkan pasukan petugas.

JOHOR BAHRU: Kualiti air di 14 batang sungai di Johor dikategorikan paling tercemar, antaranya Sungai Kempas, Sungai Buluh, Sungai Tampoi dan Sungai Pandan, kata Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi.
Susulan itu, beliau mengarahkan Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, pihak berkuasa tempatan serta agensi berkaitan segera menubuhkan pasukan petugas bagi menangani isu berkenaan.
“Saya yakin dengan kerjasama erat pelbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan, sungai-sungai di Johor pasti dapat dibersihkan, sekali gus merealisasikan agenda Johor Bersih menjelang 2030,” katanya dalam catatan Facebook hari ini.
Beliau turut meluahkan kekecewaan selepas…