Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

1,500 juta liter air sehari cukup untuk P.Pinang dan Perak, kata Chow

today4 July 2024

Background


sungai
Projek air di Sungai Perak dengan peruntukan RM4 bilion akan menyalurkan air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah. (Gambar PBA)

NIBONG TEBAL: Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung projek air di Sungai Perak yang dijangka mampu membekalkan unjuran 1,500 juta liter air sehari di utara Perak dan Pulau Pinang.

Beliau berkata unjuran tersebut adalah lebih daripada mencukupi untuk keperluan di kedua-dua negeri itu.

“Pihak kerajaan negeri faham bahawa sebahagian besar bekalan air itu adalah untuk keperluan Perak bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP).

“Pada peringkat awal, Pulau Pinang berharap untuk mendapat lebih kurang 700 juta liter air sehari, namun, kita belum membuat rundingan untuk perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Ziarah Madani masyarakat India di Bandar Tasek Mutiara.

Chow berkata peringkat seterusnya adalah untuk syarikat air…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post