Bagi kekosongan jawatan secara kontrak pula dianggarkan mencecah 40,000 setiap tahun.

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menganggarkan purata sebanyak 15,000 kekosongan jawatan tetap perlu diisi setiap tahun.
Pengerusinya Zainal Rahim Seman berkata bagi kekosongan jawatan secara kontrak pula dianggarkan mencecah 40,000 setiap tahun.
Beliau berkata jumlah kekosongan jawatan bergantung kepada keperluan jabatan, kementerian dan agensi.
“Angka kekosongan ini sentiasa ada naik dan kurang bergantung kepada jabatan, kementerian dan agensi. Purata anggaran hingga 15,000 kekosongan jawatan tetap sebab setiap tahun ada kakitangan awam pelbagai jawatan yang bersara.
“Dianggarkan kira-kira 25,000 hingga 30,000 kakitangan awam ini akan melalui tempoh persaraan setiap tahun dan kita isi (kekosongan) mengikut keperluan tertentu,” katanya kepada pemberita selepas…