
PETALING JAYA: Kira-kira 16 artis veteran masih berharap untuk mendapat rumah projek perumahan rakyat (PPR), kata Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair DJ Dave.
Katanya, tidak semua artis veteran berkemampuan meskipun suatu masa dulu mereka pernah mencipta nama.
“Namun, kini ada sebahagian mereka yang berdepan dengan kesukaran hidup…ada terpaksa menumpang bersama anak, ada yang hanya mampu menyewa bilik, dan ada kehilangan punca pendapatan akibat masalah kesihatan sehingga tidak mampu memiliki kediaman sendiri,” katanya menurut Bernama.
Beliau berkata demikian selepas majlis iftar dan sumbangan wang tunai RM1,000 sempena Aidilfitri kepada 13 artis veteran, di Kuala Lumpur.
DJ Dave berkata, kira-kira 16 artis veteran terdiri pelakon, penyanyi, dan pemuzik masih menunggu…