Hot FM

16 ditahan SPRM berkait kes e-waste haram


rampasan e waste
Tiga kilang di Johor didapati menyimpan dan memproses e-waste secara haram pada 14 Feb lalu. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: 16 individu termasuk pemilik syarikat dan pegawai dagang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat merasuah penguat kuasa berhubung kes pemprosesan dan pelupusan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) secara haram.

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya, berkata satu operasi bersepadu dijalankan bersama Jabatan Imigresen dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) melibatkan serbuan ke atas 12 kilang di sekitar Selangor dan Johor, hari ini.

Beliau berkata, kilang tersebut disyaki terlibat dalam pemprosesan dan pelupusan e-waste yang tidak dibenarkan, termasuk gentian kaca, plastik, besi dan logam.

“Sebanyak 16 suspek berusia antara 30 hingga 40-an telah ditahan sekitar Selangor dan Segamat, Johor antara 9.30 pagi hingga 12 tengah hari tadi menerusi Operasi X.

“Ada dalam kalangan suspek disyaki merupakan pemilik…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version