Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

16 kematian baharu Covid-19 | Free Malaysia Today (FMT)

today18 January 2022

Background



Selangor mencatatkan angka kematian Covid-19 tertinggi semalam iaitu sebanyak 5 kes.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 16 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

Daripada jumlah itu, dua korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 31,808.

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu lima kes, diikuti Terengganu (tiga), Negeri Sembilan dan Pulau Pinang (masing-masing dua) serta Johor, Kedah, Kelantan dan Sabah (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Pahang, Perak, Perlis, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 40,619 kes aktif dilaporkan, termasuk 184 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 87 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 2,907 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post