
PETALING JAYA: Sebanyak 16 stesen LRT bagi laluan Kelana Jaya akan ditutup sementara, menurut pengendali perkhidmatan sistem rel transit dan bas Rapid Rail.
“Tiada perkhidmatan tren antara Stesen KLCC hingga ke Stesen Kelana Jaya,” katanya di Twitter.
Bagaimanapun, tiada sebarang alasan diberikan mengenai perkara itu.
Pengumuman itu dibuat selepas perkhidmatan antara kedua-dua stesen tersebut diberhentikan sekitar 4 petang.
Katanya lagi, penumpang dinasihatkan untuk mengambil mod pengangkutan alternatif, dan maklumat lanjut mengenai bas perantara percuma akan dimaklumkan kemudian.
Terdahulu, Rapid Rail berkata, perkhidmatan LRT antara Stesen KLCC dengan Stesen Kelana Jaya dihentikan susulan gangguan teknikal.
Semalam, ia mengalami masalah sistem pemanduan automatik yang menyebabkan gangguan perkhidmatan.
Susulan itu, warganet membuat aduan mengenai gangguan tersebut serta kekurangan perkhidmatan bas perantara, menerusi media…