
KUALA LUMPUR: Seramai 16,000 banduan layak dipertimbangkan menjalani tahanan rumah menggunakan peranti pemantauan elektronik (EMD), kata Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail.
Katanya, pelaksanaan tahanan rumah akan memberi kelonggaran kepada banduan tertentu, khususnya ibu mengandung untuk menjalani hukuman di luar penjara.
“Seorang wanita sedang hamil yang dijatuhkan hukuman atas apa pun kesalahan kerana hukumannya itu, dia mesti ditempatkan di penjara. Kalau kita boleh adakan tahanan di rumah, ibu hamil ini yang sepatutnya berada di rumah jaga kehamilan, kita pakaikan EMD.
“Kalau kita tidak terokai cara ini, ibu hamil itu akan jadi penghuni penjara,” katanya pada sesi penerangan berhubung isu reformasi penjara dan pusat tahanan di Dewan Rakyat.
Beliau berkata, hasrat Jabatan Penjara itu mampu mengurangkan masalah kesesakan di…