
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno meminta Muhyiddin Yassin menasihatkan kerajaan Kelantan ditunjangi PAS untuk menyelesaikan masalah pengundi Nenggiri, berbanding terus menunggang isu kos sara hidup demi menagih undi.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Puad Zarkashi berkata PAS yang memerintah Kelantan lebih 34 tahun masih gagal menyelesaikan geran tanah penduduk Nenggiri, selain isu air bersih dan pembalakan yang semakin meruncing.
“Muhyiddin tidak perlu tunggang isu koş sara hidup untuk menipu rakyat Nenggiri. Rakyat termasuk di Nenggiri tahu yang mana kaca mana permata.
“Sepatutnya Muhyiddin mengingatkan kerajaan Kelantan selesaikan dulu masalah rakyat Nenggiri seperti hak pemilikan tanah, isu air bersih dan isu pembalakan,” katanya kepada FMT.
Dalam kempennya di Nenggiri, Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata…